Catatan Popular

Isnin, 29 Oktober 2012

AL-HADI



           

اسماء الله الحسنى




الهادي

            Allah s.w.t. mempunyai  99 nama-nama yang baik dikenali sebagai Asma’ul Husna. Al-Hadi adalah satu daripada nama-nama tersebut. Al-Hadi  bermaksud Allah maha pemberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ini sangat  jelas dan  relevan sebagaimana firman Allah s.w.t. :

y7¨RÎ) Ÿw ÏöksE ô`tB |Mö6t7ômr& £`Å3»s9ur ©!$# Ïöku `tB âä!$t±o 4 uqèdur ãNn=÷ær& šúïÏtFôgßJø9$$Î/ ÇÎÏÈ 
( سورة القصص : أية ٥٦ )

Ertinya :


            Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah   petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi      Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang             dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang      lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat     hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).


            Allah s.w.t mencipta manusia sebagai insan yang lemah dan sentiasa memerlukan bantuan yang maha berkuasa  ( tuhan ) dalam kehidupan. Tanpa petunjuk manusia tidak akan mampu melakukan apa-apa. Manusia sangat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh yang demikian, Allah s.w.t. telah bersedia memberi petunjuk dan hidayahNya  serta tunjuk ajar dan jalan supaya manusia tidak kesusahan dan kesesatan.
            Sebagaimana kisah Qabil, tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan mayat Habil. Allah telah memberi petunjukNya dengan cara diperlihatkan dua ekor  burung gagak bergaduh dan berlaku kematian salah seekor darinya. Gagak yang hidup telah menggali tanah lalu menanam gagak yang mati itu. Peristiwa tersebut adalah satu petunjuk atau hidayah Allah s.w.t. kepada manusia.

            Cuba kita sama-sama bayangkan andainya hidup kita tanpa petunjuk. Apakah yang bakal kita hadapi? Mungkin kita akan sesat dan terpesong dari landasan iman yang sebenar. Mari kita merenung contoh berikut, Panglima Awang Hitam ( Henry the Black ) belayar di laut luas tanpa petunjuk. Ketika itu belum pun dicipta peta, kompas dan radar mahupun GPS. Bagaimana beliau selamat berada di lautan luas? Mestilah ada petunjuk yang digunakan sebagai panduan iaitu kedudukan bintang dan bulan. Tanpa petunjuk-petunjuk tersebut, kemungkinan panglima tidak dapat kembali ke tanah air  sendiri. Subhanallah!  Maha suci Allah.

            Peristiwa tersebut adalah antara beberapa contoh bagaimana Allah s.w.t. maha member petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya dalam pelbagai bentuk  dan cara yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t.  Oleh itu sangat perlu kita bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya kerana dengan segala petunjuk dan hidayah maka kita dapat menikmati kehidupan dunia dan akhirat dengan lebih baik.
           
`yJsù ϊ̍ムª!$# br& ¼çmtƒÏôgtƒ ÷yuŽô³o ¼çnuô|¹ ÉO»n=óM~Ï9 ( `tBur ÷ŠÌãƒ br& ¼ã&©#ÅÒムö@yèøgs ¼çnuô|¹ $¸)Íh|Ê %[`tym $yJ¯Rr'Ÿ2 ߨè¢Átƒ Îû Ïä!$yJ¡¡9$# 4 šÏ9ºxŸ2 ã@yèøgs ª!$# }§ô_Íh9$# n?tã šúïÏ%©!$# Ÿw šcqãZÏB÷sムÇÊËÎÈ  
ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).
            Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat  mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.
            Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa memohon hidayah petunjuk daripada Allah ke arah jalan yang benar.

            Lebih-lebih lagi perjalanan hidup berliku yang ditempuhi setiap insan menuntut ketabahan, kesabaran dan pertolongan Ilahi supaya dia berjaya dalam hidup. Oleh itu, Islam mensyariatkan amalan berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah.
            Hidayah petunjuk yang dianugerahkan Allah sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan keadaan lahiriah semata-mata. Sebaliknya, ia bergantung kepada keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh dalam jiwa. Dalam erti kata lain, Allah mengurniakan hidayah kepada hamba yang beriman dan bertakwa.
            Hidayah Allah tidak ada kaitan dengan hubungan pertalian darah atau kekeluargaan. Seseorang yang taat dan hidup bahagia dengan hidayah Allah, tidak semestinya anaknya juga begitu. Contohnya, Nabi Nuh dan anaknya serta Nabi Muhammad SAW dengan bapa saudaranya, Abu Lahab. Ada juga orang fasik yang sentiasa bergelumang dosa tetapi anaknya seorang yang salih dan patuh ajaran Islam. Ini berlaku kepada Nabi Ibrahim dengan ayahnya, pengukir patung berhala.
            Oleh sebab itu, kita tidak boleh menyangka orang yang selalu melakukan kejahatan tidak akan mendapat hidayah Allah kerana hanya Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa dikehendaki-Nya. Nabi dan rasul, tugasnya menyampaikan kerana tidak ada siapa yang dapat memberi petunjuk melainkan Allah.
            Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah kamu diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk, (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk) akan tetapi Allah juga yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan apa juga harta halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah. Dan apa juga yang kamu dermakan dari harta yang halal akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah, ayat 272)
* }§øŠ©9 šøn=tã óOßg1yèd £`Å6»s9ur ©!$# Ïôgtƒ ÆtB âä!$t±o 3 $tBur (#qà)ÏÿZè? ô`ÏB 9Žöyz öNà6Å¡àÿRL|sù 4 $tBur šcqà)ÏÿZè? žwÎ) uä!$tóÏFö/$# Ïmô_ur «!$# 4 $tBur (#qà)ÏÿZè? ô`ÏB 9Žöyz ¤$uqムöNà6ös9Î) ÷LäêRr&ur Ÿw šcqãKn=ôàè? ÇËÐËÈ  

            Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya, Tafsir al-Quran al-Azim ada menyebut sebab turunnya ayat kerana ada beberapa orang Islam yang bersedekah kepada fakir miskin penduduk Madinah, kemudian setelah ramai bilangan yang masuk Islam, maka Rasulullah SAW menegah memberi sedekah kepada orang musyrikin.
            Tujuannya ialah untuk menarik mereka supaya menganut Islam kerana Rasulullah SAW sangat mengambil berat akan hal ehwal mereka. Lalu turunlah firman Allah yang memerintahkan Baginda supaya terus memberikan sedekah kepada mereka.
            Biarpun hidayah menjadi milik mutlak Allah, namun umat Islam dituntut untuk menyampaikan dakwah Islam kepada bukan Islam supaya beriman kepada Allah. Dakwah yang baik dan berkesan hendaklah berpaksikan kepada tiga kaedah iaitu berdakwah secara hikmah atau bijaksana, memberi pengajaran atau contoh teladan baik dan bertukar fikiran atau berdialog dengan cara lebih baik.
            Oleh itu, setiap Muslim perlu mempergiatkan usaha untuk berdakwah dan bersabar dalam menjalankan usaha dakwah Islamiah kepada bukan Islam supaya ia mencapai matlamat yang disasarkan iaitu keadilan Islam, keharmonian hidup serta kecemerlangan dalam hidup. Hidayah dan petunjuk Allah akan sentiasa mengiringi setiap langkah dan jalan diterokai orang beriman dan bertakwa kepada-Nya dalam rangka untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.